Wednesday 29 August 2012

Gambar-gambar Isu Semasa

Isu keruntuhan moral di kalangan pelajar bukanlah sesuatu isu yang baru malah ia sudah lama wujud dan dikatakan semakin serius. Sudah banyak laporan yang diketengahkan oleh pihak media yang berkaitan dengan salah laku pelajar seperti gangsterisme dan buli di kalangan pelajar,namun ada lagi isu yang tidak kurang hebatnya iaitu gejala ponteng sekolah. Ini kerana tanpa kita sedari, bermula dari kes ponteng sekolah inilah yang boleh membawa kepada permasalahan yang lebih besar iaitu kes buli, penyalahgunaan dadah, ragut,serta kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral yang lain seperti pembuangan bayi yang tidak berdosa dan sebagainya.